Wednesday, April 28, 2010

ELIE TIDAK SERIK2

Hari ini ada lagi berita tentang konon jutawan Lubnan Ellie Najem yang telah membuat pelbagai kejutan berita sejak bertahun lalu. Semalam dia buat kejutan lagi, dan kali ini kerana dituduh berkhalwat pula.

Pasangan khalwatnya ialah seorang wanita berusia juga. Seperti manusia tidak ambil peduli tentang apa pun dikatakan orang.

Dia sebelum ini telah menghilangkan diri, dan pihak berkuasa menghadapi masaalah untk mengesanya. Itu membantutkan kesnya yang terdahulu, iaitu bersabit kes perbuatan nikah. Dengan timbulnya kembali, pihak pendakwa membuka kes berkenaan.

Sebelum tuduhan khalwat itu, diberitakan pendakwa syarie Mohd Sukri Ab Wahab memaklumkan Elie juga dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sebelum ini kes yang dibuka pada 2005 itu sudah ditutup pada 2007.

Elie didakwa melakukan nikah atau perbuatan nikah dengan Farinnie Mohd Farid, 24, di Tingkat 2, Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 6 Oktober 2005.

Bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mahkamah menetapkan 26 Mei ini untuk bicara manakala bagi kes khalwat mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk di sebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

6 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... Kak G tak berapa follow sgt perkembangan ni. Harap keadilan berpihak kpd yg benar.

KAKIAH said...

Salam.
Hmm, saya pun tak berapa tahu la :0

ASAN said...

Salam.
Ellie yg hebuh satu Msia yg mengatakan dirinya antara terkaya tu .. jelek!

KERI said...

Salam.
Tak kenal pulak!
Elok la kebenaran ditegakkan.

Anonymous said...

Aslmkm. Lalu je :)

BID said...

Aslmkm.
Ish3 .. tua pun tak serik & insaf!