Wednesday, April 14, 2010

KANDUNGAN MOLAR.

Saya turut bersedih dengan apa yang dialami oleh anak perempuan saya. Dia dikatakan mengalami kandungan molar.

Tidak tahulah bagaimana perkara itu berlaku. Saya kasihan melihatnya murung dan sedih saja. Tambahan pula doktor menasihatkan dia juga supaya tidak hamil dalam masa terdekat ini. Kata doktor hormon kehamilan akan mengaburi penilaian terhadap kemungkinan timbulnya kanser kelak.

Masaalahnya seperti berganda kerana doktor juga turut melarang dia menggunakan sebarang pil perancang keluarga atau pencegah kehamilan. Dia suami isteri dimestikan melakukan hubungan kelamin dengan yang terhad yang tidak akan mengakibatkan dia mengandung. Cara terselamat ialah dengan menggunakan kondom.

Ini harus dijaga sehingga ke satu masa doktor berpuas hati dengan paras hormon serta keadaan dirinya. Kata doktor dia harus faham kepentingan menjalani pemeriksaan ulangan bagi mengesan kemungkinan penyakit molar.

5 comments:

KERI said...

Salam.
Berat bunyinya tu. Semoga segera mengatasi masaalah ini.

Anonymous said...

Aslmkm.
Bersabarlah menghadapi ujian. Insya Allah segera sembuh, & dilimpahkan dgn yg lebih baik di kemudian hari.

ASAN said...

Salam.
Saya turut simpati. Semoga segera sembuh. Semoga perkongsian ini dapat menafaatkan semua pembaca.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Turut simpati. Semoga segera sembuh.

BID said...

Aslmkm.
Bid tak berapa faham penyakit ni. Tp Bid turut simpati. Semoga cepat sembuh.