Monday, February 1, 2010

TAK JADI PERGI BERBELANJA

Hari Sabtu kelmarin, anak-anak semua tak mahu pergi ke hypermarket. Dia orang tak nak bawa beg besar atau beg plastik dari rumah. Baru saya ingat yang sekarang ni, pada hari Sabtu, semua tempat seumpama tidak lagi membekalkan beg plastik percuma untuk mengisi semua barang belian. Jika kena bayar bagi setiap beg plastik yang diisi barang pula, mahu mencecah melebihi RM 10 sekurang-kurangnya. Jadi, kita mengalah dan berjanji untuk pergi pada hari Ahad.

Pagi-pagi Ahad pula dah dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan ada kematian saudara terdekat. Dah terpaksa bergegas balik ke kampung. Jalan jam teruk juga, bila dah selesai, balik rumah dah malam sangat. Jadi tak juga dapat pergi membeli barang-barang keperluan harian.

Ingat lepas kerja hari, kena pergi berbelanja jugalah kerana banyak barang keperluan harian dah habis. Sampai rumah petang tadi, dah la pula anak buah sekeluarga yang bercuti Hari Wilayah datang ke rumah. Tak jadi juga pergi berbelanja.

Malah anak buah yang datang tadi pun kita jamu makan malam dengan lauk daging masak kicap, telur goreng, sambal ikan bilis saja tanpa sayur dan hidangan sampingan. Nak buat macam mana? Kat rumah memang dah tak ada ikan dan sayuran basah atau kering atau pun makanan segera. Biar demikian pun, besok dan lusa, kita masih terpaksa makanan apa yang ada saja la sebab kereta kena masuk 'workshop' pulak. Nasib la kan!

3 comments:

Anonymous said...

Laa, ni pun boleh jd cerita jugak!

Anonymous said...

Aslmkm.
Bagus juga .. lama skit duit ada di tangan :)

BID said...

Aslmkm.
Ya. Betul kata DDrfauziah tu, duit lama di tangan .. jika tak keluar rumah, duit pun tak keluar!