Monday, March 1, 2010

TERTANYA-TANYA

Saya pergi ke KL awal hari ini tadi kerana ada urusan di sebuah sekolah bersabit dengan penyediaan langsir. Hairan juga di hati kerana jalanraya agak aman dan tak banyak kereta sepanjang perjalanan.

Setelah berada dipusat Bandaraya, iaitu di Jalan Raja Laut berdekatan Kompleks Pertama, barulah trafik sesak sedikit. Tapi, jelas perjalanan saya dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 25 minit.

Waktu singgah makan tengahari di restoran yang biasanya penuh sesak dengan pelanggan pun suasananya aman juga. Tak ramai pelanggan sehingga saya selesai makan pada jam 1.20 tengahari.

Kemudian saya menghala balik dan singgah sebentar di cawangan CIMB yang berdekatan. Di sana pun tak ramai sangat pelanggan. Walaupun saya ke kaunter untuk mengemas-kini buku akaun, segala urusan selesai dengan agak cepat.

Saya baru saja sampai di pejabat mini saya di rumah. Memang saya amat hairan dengan sekelian keadaan. Biasanya hari Isnin tu paling sibuk di mana-mana pun, kan? Saya jadi tertanya-tanya sendirian.

3 comments:

ROHAM said...

Salam Zizaq.
Saya pun perasan juga .. agaknya byk org masih cuti panjang!

Anonymous said...

Aslmkm.
:) Orang berhemah mungkin ...
Suami Kak G selalu kata, 'keluar rumah, keluarlah duit' ... jd org duduk rumah & duduk ofis jer ... boleh jimat belanja :)

CIKDAH said...

Aslmkm Zizaq.
Terima kasih kerana memberi sokongan moral kepada saya.
Hmmm, kekadang memang begitu!