Friday, March 19, 2010

CENDERAHATI MURNI


Semalam seorang jiran mengadakan majlis tahlil dan doa selamat. Sesuai dengan amalan orang Melayu, mereka mengadakan majlis itu sempena 45 hari arwah ibu mereka meninggal. Kata mereka, hajatnya nak diadakan pada malam 40, tetapi bertembung pula dengan majlis perkahwinan anak saudara mereka.

Ramai juga jiran-jiran dan saudara mara serta teman-teman rapat mereka yang hadir. Adalah dalam sekitar 80 orang. Kata tuan rumah banyak keluarga juga yang tidak hadir. Setahu saya, ada beberapa keluarga jiran tidak ikut serta kerana mereka belum pulang dari balik kampung sempena cuti sekolah.

Sebenarnya saya nak kongsikan hadiah cenderahati yang mereka berikan kepada para tetamu. Lihatlah sebuah kitab 'Yassin' dan sebuah buku doa-doa makbul yang mereka berikan di bawah.


Mereka telah mengikat kedua-dua buku itu dengan riben yang cantik. Sayangnya, semua orang membukakan ikatan riben semasa nak membaca Yassin.

2 comments:

CIKDAH said...

Aslmkm.
Ya, di sini pun ada juga yg berbuat demikian.

Anonymous said...

Aslmkm.
Kak G selalu juga tgk kitab Yassin & buku agama diberikan di majlis seumpama itu, samaada di masjid atau pun di rumah.