Wednesday, March 10, 2010

SAH SEBAGAI SUAMI ISTERI


Hati saya amat tersentuh dengan berita pasangan suami isteri yang baru menyedari perkahwinan mereka tidak sah selepas 11 tahun hidup bersama; selepas dikurniakan 4 cahaya mata yang masing-masing berumur 10, 8, 6 dan 5 tahun. Katanya ini gara-gara jurunikah mereka tamat tempuh tauliahnya ketika mereka dinikahkan.

Kita bukan orang yang benar-benar arif tentang hukum-hakam. Tetapi, saya hairan saja bagaimana tauliah jurunikah itu menjadikan perkahwinan itu tidak sah. Kalau sesuatu pernikahan itu sudah berlangsung dengan hadirnya jurunikah, wali, kedua mempelai lelaki dan perempuan dan 2 orang saksi, tidakkah ia sudah sah? Jika jurunikahnya tamat tempuh tauliahnya, mungkin saja ia menyalahi undang-undang negeri buatan manusia. Tidak begitu?

Semoga Mahkamah Tinggi Syariah nanti akan segera mengesahkan perkahwinan mereka. Walaupun pernikahan itu mungkin bersalahan dengan undang-undang negeri dan bakal dikenakan hukuman, mereka sebenarnya sah sebagai suami isteri di sisi agama.

5 comments:

ROHAM said...

Salam.
Byk lg kes sp ini. Kita pun keliru!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Susah kan .. rakyat jelata byk yg kurang arif tentang perundangan negara, sbb tu terjadi perkara2 sp ini.

Anonymous said...

Aslmkm.
Di Msia bermacam-macam jd haru & keliru yg mendatangkan masaalah besar sp ini.
Semoga perkara ini segera selesai & gejala ini tidak menular lg.

BID said...

Aslmkm.
Susah la kalau macam tu. Tp, kalau gitu, lebih baik ambil tok kadi tempatan atau orang dari Jabatan Agama saja la ya?

KERI said...

Salam perkenalan kembali.